Tentang Teater

Waakimussholah merupakan teater muzikal kanak-kanak yang mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang malas atau suka meringan-ringankan solat. Semasa mereka sedang bermain ditaman kedengaran azan maghrib. Oleh kerana asyik bermain mereka lupa hari sudah gelap. Tiba-tiba sahaja muncul seorang orang tua yg melalui kawasan itu untuk ke masjid dan menyapa kanak kanak tersebut supaya balik dan solat. Kanak-kanak ini ingkar arahan org tua tersebut malah marah lagi kepadanya supaya jangan menyibuk. Untuk mengajar kanak-kanak ini,org tua tersebut telah mengarahkan pengawal daripada alam pulau jadi-jadian untuk menangkap kanak-kanak tersebut dan membawa mereka ke pulau jadi-jadian. Di pulau ini, mereka dikehendaki belajar solat dengan bergurukan kepada batu dan pokok untuk pulang ke dunia sebenar. Walaubagaimanapun pembelajaran solat yang dilakukan bukan mudah kerana mereka sentiasa diganggu oleh khanzab dan pengikut-pengikutnya menyebabkan misi mereka untuk belajar solat terganggu.

Dapatkah kanak-kanak ini pulang ke dunia sebenar? untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saksikan teater Waaqimushollah pada 26 dan 27 haribulan , bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya. Harga tiket hanya RM10 !

Tempat:
Panggung ekspeimen universiti malaya

Tarikh:
26&27 /11 / 2016

Masa:
2.40 - 4.15 ptg
&
8.40 - 10.15 mlm

Tiket dewasa dan kanak kanak:
Rm 10.00
 
Karya dan arahan :
Azmizi zakaria




0 comments:

Post a Comment